Friday 14 May 2010

SELAMAT BERTEMU LAGI

Assalamualaikum
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada sesiapa yang masih sudi melayani blog ini.
Selamat berjumpa kembali. Blog ini sudah terlalu lama tidak dikemas kini kesan daripada kesibukan yang keterlaluan dan beban tugas di pejabat yang memang tak pernah ada noktahnya. Namun kecelaruan jiwa melihat bahasa Melayu dipergunakan dengan sewenang-wenang menyebabkan hati ini terusik untuk berkongsi usaha demi memartabatkan bahasa Melayu tambah-tambah lagi dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memartabatkan bahasa Melayu dengan pelbagai program.
Moga-moga usaha kita untuk memartabatkan bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan bahasa Melayu pada kedudukan yang sepatutnya. Bukanlah kita mahu meminggirkan bahasa lain, namun bahasa Melayu yang kini lebih dikenali sebagai bahasa Malaysia merupakan jati diri warganegara Malaysia. Jika bangsa lain berbangga dengan bahasa mereka, mengapa kita juga tidak bersikap demikian. Inilah masa yang paling sesuai untuk meletakkan bahasa Melayu kembali pada kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara ini.
Ayuh kita sama-sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan demi kelangsungan bahasa tercinta ini.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu Azmi,
    Tahniah ..akhirnya cikgu dapat juga kemaskini blog cikgu. Harap terus menyumbang bahan tatabahasa dalam blog ini.

    ReplyDelete
  2. betul tu,kalau bukan kita yang memartabatkan bahasa kita,siapa lagi...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cikgu Azmi. Cikgu yg mengajar saya dan kawan-kawan dari SMK Seri Garing tuition. Masa tu cikgu serumah dengan cikgu Yusuf, Othman & Khamdani.

    ReplyDelete