Monday, 14 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN SYAWAL

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu, mohon maaf kerana sudah agak lama blog ini tidak dikemas kini. kesibukan tugasan di pejabat yang tidak pernah selesai menyebabkan saya gagal menepati jadual kemas kini log ini. Kepada anak-anak didik yang akan menduduki PMR selepas Syawal nanti, selamat menduduki PMR. Saya mendoakan kalian memperoleh keputusan yang cemerlang nanti bagi memenuhi impian kalian mencapai kecemerlangan akademik. Gunakanlah kesempatan yang kian singkat ini untuk mengulang kaji. Pada Aidilfitri ini, sambutlah kejayaan menempuhi Ramadan seadanya. Selepas PMR masih ada waktu untuk merayakan Aidilfitri. Semoga doa sempena Ramadan ini dimakbulkan Allah SWT. Amin.

Tidak sampai seminggu lagi kita akan melepasi ujian Allah dalam bulan Ramadan. Syawal mulai tersenyum menyambut mereka yang bakal melepasi ujian Allah nanti. Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan untuk menempuhi Ramadan yang bakal meninggalkan kita.

Pada kesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI terutamanya kepada para follower yang masih setia mengikuti blog ini. Sempena Aidilfitri ini, gunakanlah kesempatan yang datang setahun sekali ini dengan sebaik-baiknya. Ziarahilah saudara mara, sahabat handai, teman-teman ataupun sesiapa juga yang mengenali kita. Bermaaf-maafanlah sesama kita. Lupakanlah segala kesilapan dan kekhilafan sama ada yang kita lakukan ataupun yang dilakukan orang lain kepada kita. Jadikanlah hari lebaran ini hari yang mengubah kita menjadi insan baru selepas membersihkan diri semasa Ramadan. Teruskanlah semangat Ramadan semasa menyambut Aidilfitri. Jika semasa Ramadan kita mampu menahan nafsu sama ada nafsu makan ataupun apa-apa juga nafsu, tiada sebab kita tidak mampu melakukan hal yang sama selepas Ramadan. Janganlah kemualiaan akal budi kita semasa Ramadan dirosakkan oleh nafsu yang tidak terkawal semasa merayakan kemenangan melawan nafsu. Kepada anak-anak yang teringin bermain mercun, kekanglah nafsu anak-anak. Ingatlah! Ada rakan-rakan anak-anak yang menderita putus jari, cedera penglihatan dan sebagainya angkara mercun. Cukuplah sekadar merayakan dengan bergembira sewaktu menziarahi rakan-rakan dan saudara mara.

Akhir kata, sambutlah salam Aidilfitri daripada saya. Keampunan dan kemaafan juga yang saya mohon atas kekhilafan yang ada dalam blog ini. Mudah-mudahan kita akan bertemu lagi pada kesempatan lain. Sekian, wassalam.

5 comments:

  1. Cikgu Azmi,
    Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana cikgu telah banyak membantu saya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
    Untuk maklumat cikgu, saya adalah salah seorang daripada pelajar yang telah mengikuti seminar Minda pada Jun dan telah menduduki peperiksaan PMR tahun lepas.
    Oleh itu, tanpa bantuan cikgu, saya tidak akan mendapat keputusan yang cemerlang.
    Terima kasih, cikgu! (:

    Shye Wei.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cikgu azmi,
    saya akan menduduki PMR pada tahun ini...
    tapi saya masih tidak yakin dengan subjek BM saya
    saya selalu mendapat A tetapi kadang kala saya mendapat C kerana Kertas 1 saya..
    saya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini....
    saya ada rakan saya yang menuntut di sekolah asrama penuh dan gurunya di sana telah mengajarnya tatabahasa dengan baik sekali sehinggakan dia mendapat markah penuh dalam kertas 1.. saya pernah mendapat 24/40 pada satu ketika ... ibu bapa saya ingin mencari seorang guru yang dapat menolong saya.. sejak dari sekolah rendah lagi saya mengalami masalah dalam tatabahasa Bahasa Melayu.. dan telah menjadi hasrat saya untuk membaiki diri saya... jadi saya berharap agar saya dapat menghadiri kelas peribadi dengan cikgu azmi.. saya mengetahui cikgu melalui akhbar minda... dan apabila saya melihat penerangan yang diberi sekali saya sungguh tertarik... saya berharap cikgu dapat tolong... saya bukan sahaja ingin mempunyai keputusan yang baik tetapi juga dapat membaiki penguasaan bahasa melayu saya.. saya berharap cikgu dapat menolong.. assalamualaikum

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM BERKENALAN DI ALAM SIBER BUAT TUAN PUNYA BLOG. SAYA TIADA KOMEN YANG JITU DAN MANTAP. CUMA TOLONG KLIK SEKALI SAHAJA DI MANA-MANA BLOG SAYA YANG DI SUKAI. SEKIAN TERIMA KASIH.
    http://jutawanklik.com/?a_aid=bugis2010

    ReplyDelete