Monday 18 July 2016

Assalamualaiikum,
Setelah kali terakhir memasukkan post terakhir pada 9 April 2011, akhir ada juga kesempatan untuk aku kembali melayari blogspot ini kembali. Salam kemaafan pada semua rakan; terpanggil untuk meneruskan kelangsungan ini setelah setiap hari sejak beberapa bulan ini mengikuti perkembangan dalam link guru BMSPM dalam telegram. In Sha Allah, selepas ini aku akan cuba aktif kembali dengan post-post terkini untuk perkongsian dengan rakan-rakan yang masih sudi melayari blog ini. Tambahan pula, kembalinya aku ke sekolah sejak 3 tahun lalu menggamit rinduku untuk mengajarkan Bahasa Melayu kepada anak murid. Walaupun sekadar minimum 5 waktu seminggu, aku mengambil kesempatan itu untuk menajamkan kemahiran tatabahasa yang aku tinggalkan apabila menyertai KPM dan JPN 13 tahun lalu. 3 tahun di sekolah semula, membangkitkan semangat untuk kembali berjuang mempertahankan bahasa tercinta.

No comments:

Post a Comment